Thursday, December 10, 2009

Pelakon Korea


Sejak setahun yang lepas, Farah mula membaca cerpen dan novel secara online. Rupa-rupanya ramai yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis novel. Dengan kemudahan teknologi yang ada sekarang ni, bermacam cara boleh dibuat untuk mencapai cita-cita. Bermula dengan Penulisan2u, Farah mula mengenai penulis-penulis yang menghantar karya-karya mereka di laman itu.

"Farah, apa kaitannya dengan gambar pelakon korea kat atas tu?"

Farah tak kenal dengan ramai pelakon korea. Yang ada tu pun, gambar-gambar yang selalu Farah nampak bila melawat kebanyakan blog-blog penulis e-novel.

Tiba-tiba Farah terfikir malam ni. Apa istimewanya pelakon-pelakon korea tu? Handsome sangat ke? Cantik bebenar ke? Orang Melayu kita tak ada yang handsome dan cantik ke? Farah minta maaf banyak-banyak kalau ada sesiapa yang terasa hati.

Pendapat masing-masing... Farah meluahkan isi hati Farah juga. Mungkin kerana mereka dah terdedah dengan drama-drama dari Korea sejak kecil dulu, Farah tak.

23 Zulhijjah

23 Zulhijjah datang lagi. Kali ini kali ke-21 dalam hidup Farah. Mengikut kalendar Islam, Farah dah pun berusia 21 tahun. Lama 21 tahun tu. Tapi, hidup di akhir zaman ni, terasa sekejap sahaja masa berlalu.


'Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan mengejakan kebaikan serta berpesan-pesan untuk kebenaran dan kesabaran.' (Surah Al-Asr)

Apabila mengimbas kembali kenangan-kenangan yang pernah tercipta dalam sejarah hidup Farah, terasa peristiwa-peristiwa itu seperti baru berlalu semalam. Hakikatnya, memori-memori itu dah lama berlalu.

Bila bercerita mengenai hari lahir, ramai yang tak lepas dari menyambutnya. Farah pernah terbaca, sambutan hari lahir itu disambut sempena pertambahan umur. Jadi, setiap kali menyambutnya, kita bergembira dengan pertambahan umur kita? Pertambahan umur bermaksud kita semakin menghampiri mati.

Bila kita akan mati? Tiada siapa pun yang tahu bila Allah akan mengambil semula nyawa yang Dia pinjamkan kepada kita. Dah cukup ke amalan kita untuk bekalan di sana nanti? Renung-renungkan, yek!

Wednesday, December 9, 2009

My first job



Semalam, hari pertama Farah bekerja di Popular Book Store. Penat tapi Farah rasa seronok. Setiap kali melangkah masuk ke dalam Popular Book Store, bau buku tu menusuk-nusuk masuk ke dalam hidung Farah. Bekerja dengan buku, seronok.

Sebenarnya, Farah plan tu bekerja secara part time sahaja. Tapi, Farah terlupa sesuatu. Kedai buku mana ada ambil part timer. Masa diterima, bermacam perasaan yang bergumpal dalam hati. Gembira tu paling banyak, sebab impian dah tercapai. Tapi, ada juga terselit perasaan geram sebab tak dapat kerja part time. Farah pun bukannya buat kerja apa-apa sepanjang cuti ni. Menulis di blog sahaja.

Kawan-kawan yang bekerja kat sana pun semuanya memberi kerjasama pada Farah. Apa yang pentingnya, Farah seronok bekerja kat situ.